Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Mat Kilau : Pahlawan Terbilang Melayu Pahang # (L38)

RM39.90
Price in points: 40 points
Weight: 0.47 kg
9789672278566
14 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Mat Kilau : Pahlawan Terbilang Melayu Pahang
ISBN: 9789672278566
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim 
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 270
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.470 kg
Dimensi: 20.9 cm x 14.5 cm x 1.4 cm

SINOPSIS 

Sejarah telah mencatatkan bahawa Mat Kilau adalah seorang pahlawan dari negeri Pahang yang suatu ketika dulu bangun menentang penjajah yang bertapak di tanah air. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan pemikiran yang matang terutama dalam mengatur strategi menentang penjajah. Hakikat ini menjadikan beliau seorang yang amat disegani dan dihormati bukan sahaja oleh masyarakat setempat bahkan juga oleh penjajah. Lantaran itu penjajah amat membenci beliau dan menganggap beliau sebagai seorang pemberontak Keberanian sebagal pahlawan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini. Mat Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak gentar menentang penjajah di Pahang Beliau hurut sama membantu pejuang-pejuang di Kelantan dan

Terengganu dalam usaha membebaskan negeri itu dari cengkaman penjajah. Tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ini bangkit untuk menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 hingga menjadi buruan kemudian menghilangkan diri dan muncul semula pada tahun 1970 ketika berusia sekitar 122 tahun. Jiwa perjuangannya tidak pernah luntur terutama memikirkan bagaimana kuasa asing yang jauh boleh datang menguasai negeri. Ketika Perang Semantan meletus, beberapa orang pembesar Pahang telah ditangkap dan dihukum, walau bagaimanapun Mat Kilau terselamat bersama rakan-rakannya dan berundur ke Hulu Kelantan untuk mendapatkan pelindungan. Kemudian, beliau ke Kuala Berang, Hulu Terengganu kerana mendapat sokongan daripada ulama Terengganu yang terkenal iaitu Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong. Di sana, Mat Kilau belajar ilmu agama daripada Tokku Paloh Mat Kilau menentang penjajah kerana pentadbiran penjajah yang menekan rakyat Melayu dengan sistem cukai yang menindas. Lantaran pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah inilah yang tidak mahu bertolak-ansur menyebabkan Mat Kilau bangun membuat penentangan. Beliau tidak berseorangan dalam usaha murni ini. Bersama beliau ialah Dato' Bahaman dan Tok Janggut. Mereka bersatu dan berganding bahu memulakan pemberontakan ke atas pihak British.

Penjajah telah menuduh perjuangan Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Tok Janggut sebagai perjuangan para pemberontak. Tuduhan ini disokong oleh sultan. Ini bermakna Sultan sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri berbanding bersatu dengan para pejuang Melayu. Baginda lebih rela bersama penjajah dalam usaha mematahkan pemberontakan di Semantan.

Penerbit:
Hijjaz Records Publishing
Tahun Diterbitkan:
2022
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
270 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI