Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Ciri-Ciri Isteri Solehah #(L70)

RM15.00
Price in points: 15 points
Weight: 0.08 kg
9789671554494
18 pieces
+
Add to wish list

Judul: Ciri-ciri Isteri Solehah
Judul Asal (Arab): Sifat Az-Zawjat Al-Solihat
Penulis: Shaykh ‘Abd Al-Razzaq bin ‘Abd Al-Muhsin Al-Badr
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-15544-9-4
Muka Surat: 82 m/s (Soft Cover) – Buku Poket
Berat: 90 g

 

Buku ini tidak khusus ditujukan kepada anak dara yang hendak bernikah dan ingin menghiasi dirinya dengan sifat-sifat isteri solehah, sekaligus mempersiapkan dirinya untuk merealisasikan serta menyempurnakannya. Buku ini juga bukan dikhususkan untuk wanita yang telah bernikah dan berhasrat mempunyai ciri-ciri isteri solehah yang membantunya untuk di Syurga kelak.

Buku ini sekali lagi tidak juga dikhususkan untuk wanita yang kurang ambil peduli untuk merawat kekurangan diri serta mengingatkan dirinya akan segenap sisi kekurangannya, seterusnya memperbaiki dirinya dan rumah tangganya yang berharga. Akan tetapi ia lebih umum merangkumi kesemua kumpulan ini, bahkan ia merupakan peringatan bagi seorang ayah yang menginginkan anak-anak wanitanya agar membesar dengan baik, hidup dengan kemuliaan dan memasuki alam rumah tangga yang menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya SAW.

Juga untuk para ibu kerana kebanyakan anak perempuan membesar dengan akhlak dan sikap yang mereka pelajari daripada si ibu. Bahkan untuk para pendakwah mengambil berat terhadap perkara ini, di samping berusaha menyebarkan sifat-sifat mulia, akhlak-akhlak terpuji serta tatasusila yang diberkati, supaya ia menjadi sifat yang sentiasa dilazimi para wanita dalam masyarakat yang beriman. Lebih-lebih lagi kita hidup sekarang ini pada zaman wanita diperangi dengan perang-perang yang tidak pernah berlaku sebelumnya, melalui medan yang bermacan ragam, saluran yang tidak terhitung banyaknya, kesemuanya bertujuan menghancurkan harga diri, kemuliaan, kesempurnaan, keindahan, keimanan, akhlak serta keistimewaan seorang wanita. Kaca televisyen dan skrin komputer meresapkan segala budaya tidak berakhlak masuk ke dalam akal, buah fikiran serta hati nuraninya tanpa perlu wanita itu keluar rumah sama sekali.

Penerbit:
Karya PiS
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Buku Poket
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
84 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI